Nadira Azizan

Nadira Azizan (lahir Khidirah Naimah Mohd Zain; 18 November 1976–29 Oktober 2017)[1] merupakan seorang penyampai radio Malaysia, terkenal sebagai penyampai radio Era dan THR Gegar. Beliau merupakan salah seorang penyampai terawal Era, yang memulakan siaran pada 1 Ogos 1998, bersama-sama dengan Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin, Kudsia Kahar dan Najman Mohamed.[2]Beliau paling dikenali kerana pernah bergandingan dengan Halim semasa teman penyampai ketika itu, Jamal bercuti. Pada tahun 2008, Nadira menamatkan khidmatnya di Era selepas 10 tahun berkhidmat dan menyertai THR Gegar (kini Gegar) sebagai Eksekutif Muzik dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan sehingga kematiannya. Beliau meninggal dunia pada 29 Oktober 2017 akibat demam denggi pada usia 40 tahun.[3] Beliau meninggalkan suami Hasrulrizal Hassan dan lima anak.[4][5]

Nadira Azizan

Pekerjaan Penyampai radio
Pasangan Hasrulrizal Hassan (sehingga kematiannya)
Anak 5
Tahun aktif 1998–2017
Meninggal dunia 29 Oktober 2017(2017-10-29) (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematian Demam denggi
Kelahiran Khidirah Naimah binti Mohd Zain
(1976-11-18)18 November 1976
Lenggong, Perak, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur